Followers

Saturday, 26 January 2013

PEPPLUM BOBOIBOY

Dah biasa buat baju Pepplum untuk orang dewasa dan kanak2 terutamanya anak dan anak buah...Pantang ada kain perca first thing yg terlintas di fikiran buat baju Peplum kanak2..klu kain x mencukupi baru tukar fashion lain.

Minggu lepas pergi Nagoyah nak cari kain2 cotton untuk kelas jubah yang bakal tiba, ternampakla pula kain cartoon Boboiboy..teringat anak2 yg amat minat cartoon tu, so beli la coz harga pun just RM2.50 jer.. Dalam fikiran nak buat baju tidur utk anak2..yg pink untuk gegel n yg green utk boboy. Nak dijadikan cerita customer datang bawa kain cotton untuk buat Baju Kurung Pepplum kanak2 tiga budak. Nak pula extrakan size coz raya lambat lagi, takut x muat.

Biasanya Sada ni jenis yg suka cuba dahulu sebelum buat utk org lain.
Walaupun dah pernah buat tapi sy still nak ber'experiment' sebelum mengerjakan kain orang. Sebab tu kita x suka ambik kain org, lebih suka sediakan kain sendiri berdasarkan request customer. Nak terima kain org ni rasa gundah-gulana jika tersalah potong mesti kita yg bertanggungjawab dan menggantikan kain yg sama warna, sama corak dan sebagainya. Dibuatnya x jumpa warna yg sama haru juga karang...menangis x berlagu la daku..

So, dua hari lepas berexperimentlah kita dgn kain cotton berdasarkan kelonggaran 1.5". Kelonggaran ni berdasarkan ajaran tok guru jahitan sy yg sgt sy kagumi. Biasanya klu buat utk anak Sada guna 1/2" atau 1" jer kelonggaran dan basi kain 1/2". Dan selalunya Sada suka menggunakan kain Lycra untuk buat Peplum berbanding Cotton disebabkan sifat kain yang berbeza maka kelonggaran pun berlainan. Tapi utk request org ni tak boleh main ikut sedap badan jer, so dgn rasa tanggugjawab sy kenalah memenuhi permintaan customer tu sebaik mungkin. That's why sy rasa patut bereksperiment untuk lihat kelonggaran tu.

Ok, experiment kedua apa jadi jika kain cartoon dijadikan baju Peplum? Nampak janggal tak? Lebih2 lagi cartoon tu cartoon Boboiboy yg sesuai utk kanak2 lelaki/boboi..

Tapi cabaran semasa memotong kain ni kepala Boboiboy tu tertungging terbalik beserta namanya sekali. So, Sada pun ikut tertungging-terbalik la juga masa nak memotong kain ni. Lantak ko la labu... baju ni just suka2 n anak pun tak kisah...kalau tak cantik pakai berjalan2 pakai untuk tidur jela, jadi baju tidur...



 Pandangan dari sudut belakang
Reben main belasah ambik jer reben yg ada kat rumah coz kain oren dah habis..konon reben nak color oren sama dgn lengan baju tp dah x cukup belasah jer apa yg ada


Pandangan dari sudut tepi

Pandangan dari hadapan
Abaikan tudung yg senteng tu yer coz tudung tu dia pakai sejak umur 2 tahun lagi but now dia dah berumur 4 tahun ma..

Kesimpulannya:

1. Experiment kelonggaran 1.5" ~ memang kelonggarannya boleh pakai sampai setahun dua jika anak tak menggemuk lagi InsayaAllah. 

2. Experiment corak cartoon dijadikan Peplum ~di mata Sada nampak biasa jer, tak tau la mata org lain..ke mata kita ni yg juling? so, apa kata anda?

First comment hubby masa memula dia tengok petang tadi dia gelak n cakap mcm ni; "Wah.. anak papa pakai baju baru..comel la Tiha."
Then dia perasan something, "Ieeeiikkk...Boboiboy?" Then dia tergelak-gelak..

**Oh ya, terlupa nak info, ectually size baju ni bukan berdasarkan ukuran Tiha, tapi ukuran anak customer yg juga berumur 4 tahun. Cuma badannya agak gempal berbanding badan Tiha ni, dan ketinggian customer cilik tu lebih rendah berbanding Tiha. Tapi dengan experiment ini Sada dapat menilai dan melihat bahagian mana perlu di tambah dan dikurangkan.
InsayaAllah matlamat experiment berjaya..Amin..

Thursday, 24 January 2013

Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak yang Mampu

Ha ha ha..entah apa gilanya Sada pagi ni, lain yg dirancang nak buat time masuk blog ni lain pula jadinya..

Mulanya masuk blog salah seorang follower HobbybizSada ni terjumpa pula segment ni: 

So kita pun gatal nak join ..entah larat ke tak ni...banyak keja lagi yang belum siap ni tetiba menggatal nak joint2 segment follower la pula..But why not I try right? 

Tuesday, 22 January 2013

Kelas Jahitan Tudung anjuran Sada's Collection


PerhatianKepada sesiapa yang berminat mengikuti kelas Jahitan anjuran Sada Collection, sila hubungi/SMS 

Puan Sada 011 26372285

Kelas akan diadakan setiap Sabtu dan Ahad.


No 17,Lot 7368 Lorong Hj Kassim

Kg Jalan Kebun,40460 Shah Alam,Selangor




Pakej Harga 
      
1. Jahitan Asas Tudung (2 pattern) + Inner Syria

2. Shawl Halfmoon 2 layer 

3. Jahitan Asas Jubah/Maxi


4. Jubah 1 set (Jubah dan Tudung)

5. Telekung dewasa / kanak2 (asas)~boleh pilih slh 1


 Contoh Halfmoon Shawl 2 Layer                                                                     Contoh Jubah/Maxi
Contoh Jubah 1 Set
                                                                   

Friday, 4 January 2013

Geng Mesin Jahit masuk paper

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..


Hari ini Sada seronok sangat bila on facebook ternampak Geng Mesin Jahit dalam akhbar Kosmo..Terus Sada menguntum senyum sorang2...Walaupun tak dapat berada di tempat kejadian coz Sada masa tu masih berada di kampung,tapi bersyukur sangat2 coz sekali lagi projek amal kami berjaya walaupun sumbangan yang Sada berikan amatlah kecil nilainya...

Istimewanya GMJ Amal yang kami adakan ini adalah tiada paksaan dan walaupun anda suri rumah atau bekerja di rumah anda boleh menyumbang dalam bentuk sarung bantal, pakaian, pakaian terpakai, bekas pensel, telekung dan banyak lagi..Projek amal GMJ masa di penghujung tahun 2012 adalah projek Kusarungkan Kasih Untukmu" di mana para ahli menjahit Sarung Bantal untuk diberikan kepada Hospital2 yang terpilih.

InsayaAllah untuk tahun 2013 ini, ada banyak lagi projek amal yang GMJ anjurkan. Jika anda ingin turut serta dengan projek amal tersebut boleh merujuk kepada admin2 di blog GMJClub dan di page facebook KuSarungkan Kasih Untukmu projek amal Sarung Bantal GMJ Club.

Thursday, 3 January 2013

CARDIGAN PEPLUM SADA

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA



Sada nak memperkenalkan Cardigan Peplum Sada yg terbaru
Menggunakan kain Lycra Plain Japan dan sedap dipakai

Mengapa Sada menghasilkan dan menjahit sendiri Cardigan ini sedangkan kalau beli kat pasaran lebih murah berbanding produk yang Sada hasilkan?

Mengapa mahal sedangkan ianya dihasilkan secara custome made dan homemade?

Jawapannya coz Sada terpaksa membeli kain by meter mengikut harga pasaran kain dear, bukan seperti pengilang yang beli kain by kontena,or by kayu of course harganya jauh lagi murah dari yang Sada dapat right...Sada ni just peniaga kecil yang tak cukup modal untuk membeli kain berkayu-kayu untuk setiap colours of fabric, inikan lagi nak mimpi untuk beli by contena..OMG, mudah-mudahan masa tu akan tiba jua...Amin...

Kedua coz Sada mendesign produk Sada sendiri, buat pola sendiri,gunting kain sendiri dan menjahit sendiri..So pokok pangkalnya semuanya Sada buat sendiri termasuklah buat fotografi dan promot. Bukan tak nak sub pada orang lain tapi keuntungan tak banyak. Harga yang Sada letak pada setiap produk Sada berbaloi untuk cover harga modal dan upah tenaga Sada untuk menghasilkan sesuatu produk itu...Makin sukar sesuatu design dihasilkan maka, makin mahal lah upahnya. Ini kerana setiap masa itu bernilai kepada Sada memandangkan masa Sada nak di bahagi-bahagikan untuk mengurus rumah tangga, mengurus anak-anak dan menjaga suami(of course la..nanti ada ruang utk dia cari org lain dgn alasan x de masa utk dia betul tak?)

Ok habis bab harga. Sebenarnya tidaklah mahal tapi berbaloi la kan...sometimes customer minta kurang lagi even harga dah ngam2..Bergantung pada budi bicara la kan,jika Sada mampu kurangkan lagi Sada akan bagi  k.

Cerita kenapa Sada menghasilkan Cardigan produk dari Sada Collection's? Coz Sada suka pakai Cardigan utk cover segala aset2 yang tak sepatutnya dilihat oleh orang yang tak sepatutnya dan lemak2 yang tak sepatutnya dilihat org luar(coz kalau dilihat dah tentu dicemuh dan dikutuk..tak pasal2 Sada penyebab org dapat dosa kering betul tak?)

Kedua, Sada selalu pergi try Cardigan kat Bazar2,Uptown,Kedai2 pakaian tapi kebanyakannya bahagian lengan dan ketiak 'mencekik'. Kebanyakan pakaian seperti Cardigan pula lebih banyak untuk orang-orang yang bersize kecil seperti XS dan S berbanding size besar...Bertuahlah orang yang bersize kecil kan coz banyak pakaian yang sesuai dan pakai apa sahaja pun nampak cantik.

Ketiga kenapa Peplum design? Coz trend masa kini orang gila Peplum..baju kurung peplum,dress peplum, blouse peplum dsb. Ramai pula kakak2 dan makcik2 yang mengadu risau dan rasa tak sesuai pakai peplum coz badan berisi atau dah berumur. Maka Sada buktikan Cardigan Peplum Sada tidak membataskan untuk golongan tua atau muda dan kurus atau gemuk..Buktinya mak Sada yang berumur 50an pun yakin pakai Peplum dah,paling kurang pun Cardigan Peplum. Selepas jiran2 tengok Mak saya pakai maka makin ramai golongan makcik2 yang mengoder dengan Sada antaranya makcik yang berumur 60an dan dah bercucu..

Bagi mereka yang berbadan gempal dan teringin merasa baju Peplum tapi tak confident Sada syorkan mulakan dengan Cardigan Peplum terlebih dahulu...Untuk mereka yang berbadan kurus Cardigan Peplum ini boleh di adjust dengan hanya meletakkan brooch di bahagian pinggang untuk mengetatkannya.

Maka selesai dulu cerita Cardigan Peplum Sada dari Sada Collection's. Sebelum terlupa Cardigan Peplum Edisi Pertama ini semuanya adalah free size dan labuhnya menutup punggung. Harga berpatutan yang Sada boleh letak adalah RM75 berbanding sebelum ini harganya RM90






Untuk tempahan anda boleh SMS Sada di talian 0193478942 atau inbox ke facebook Sada Collection's

Untuk melihat Cardigan Sada Collection's yang lain sila click Cardigan