Followers

Friday, 20 January 2012

TUTORIAL BUAT AWNING

Assalamualaikum...

Baru hari ini ada kesempatan untuk buat tutorial..Mula-mula Sada tunjuk cara buat pola awning dulu ya...Dah dapat pola awning tu next time guna pola tu jer tiap kali nak buat tudung...
Macam Sada ada 2 jenis pola yang Sada gunakan..Standard awning dan Full awning..Tapi untuk permulaan ni Sada ajar ukuran standard ya..dah tau caranya kalau nak lebarkan ke atau nak panjangkan awning tu pandai-pandai la tambah beberapa inci mengikut keselesaan empunya diri...


Bahan-bahan:
  1. Kertas manila/kadbot(boleh juga gunakan kertas biasa spt newspaper)
  2. Pensel
  3. pembaris
  4. Kain untuk buat Awning(lycra dsb)
  5. Bakrum/Kain Gam~untuk pengeras

Cara-caranya:
1.Lukis seperti rajah di atas pada kertas manila/kadbod mengikut ukuran yang disediakan.
2. Gariskan seperti C


3. Lengkungkan seperti D.
  
4. Ambil sekeping lagi kertas manila. Kemudian lipat 2

5. Letakkan pattern awning pada kertas yg telah dilipat 2 tadi dan lukis semula pattern awning tersebut. Gunting garisan berwarna biru
 
6. Bila kertas berlipat 2 dibuka, begini lah bentuknya. Inilah pola awning anda sekarang.


*Ectually kalau dah 3 segi pun sebenarnya boleh dah digunakan utk pola. Cuma masa lipat kain tu kena lipat 4 segi tepat(lipat 2 ,kemudian lipat 2 dari kiri k kanan)..entah macam mana nak explain...Cuma Sada lebih selesa buat awning cam gini..so just lipat 2 je kain nanti terus lekap pola kat kain...

Siap untuk pola awning...
Sekarang boleh la buat awning yang sebenar..
*******************************************************

7. Lipat 2 kain Lycra/kain untuk buat awning

8. Lekapkan pola awning anda pada kain kemudian pinkan

9. Gunting kain mengikut pola awning anda

11. Ambil Bakrum/Kain Gam berukuran 2" lebar X 14" panjang(ikut panjang awning anda)

12. Iron Bakrum pada kain awning(bahagian gam mesti menghala pada kain yer,kalau tak nanti melekat kat iron)

13. Boleh juga iron cara gini untuk memastikan bakrum betul-betul melekat pada kain

14. Dah siap iron tu gunting ler bucu2 bakrum tu

Haaa..inilah awning yang siap.Just tandakan titik tengah(bahagian yg saya pinkan), kemudian cantum pada body tudung


**************************************************

Fuh...lama gak edit2 tutorial ni...
Untuk cantum awning ke body tudung boleh tengok Tutorial: DIY Tudung


K, selamat mencuba...:)

4 comments:

nenot said...

tq share ilmu..sgt bergune pada saye :)

Macam Yong said...

thanks a lot sada! i'll try it. sebenarnya nak baiki tudung tu, awning dia dah lembik sgt dah n kain kat awning tu dah makin besar. patut guna kain yg tak akan mudah 'kembang'/cepat stretch,abis bkedut kat atas bila pakai. nak buang syg, cz susah nak dpt warna cam tu.

Anonymous said...

Xplu jahit ke awning ngn bakrum??

Awin said...

terima kasih atas perkongsian